Kerjasama Kedah dan Perlis dalam pembangunan sistem bekalan air domestik di negeri Perlis, 1969-1978

Mohd Firdaus Abdullah, and Arba'iyah Mohd Noor, (2018) Kerjasama Kedah dan Perlis dalam pembangunan sistem bekalan air domestik di negeri Perlis, 1969-1978. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (1). pp. 56-78. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1094

Abstract

Situasi dan isu kerjasama antara Kerajaan Kedah dan Kerajaan Perlis dalam membangunkan bekalan air domestik di Perlis dari tahun 1969 sehingga tahun 1978 mempunyai pelbagai kepentingan tersendiri kepada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya kerjasama ini, pembangunan bekalan air domestik di negeri Perlis dapat dilaksana mengikut perancangan yang telah dirancang sekian lama. Selain itu, dengan adanya kerjasama ini menunjukkan Perlis mempunyai kebergantungan terhadap perolehan bekalan air bersih dari Kedah untuk tujuan domestik. Terdapat banyak langkah dan peringkat yang telah dilakukan sepanjang kerjasama ini terjalin. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan tentang masalah dan isu kekurangan bekalan air di Perlis, bentuk kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Kedah dan Kerajaan Perlis, projek bekalan air domestik yang dilaksana di Perlis, kesan serta faedah ekoran kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Kedah dan Kerajaan Perlis dalam membangunkan bekalan air domestik di Perlis. Penyelidikan ini bermula dari tahun 1969 kerana pada tahun tersebut secara rasmi hubungan kerjasama antara Kerajaan Kedah dan Kerajaan Perlis telah terjalin dalam membangunkan sistem bekalan air domestik di negeri Perlis. Penyelidikan ini berakhir pada tahun 1978 kerana projek pembangunan bekalan air yang dilaksana telah siap sepenuhnya mengikut perancangan yang ditetapkan. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Universiti Malaya dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Item Type:Article
Keywords:Isu pembangunan; Bekalan air; Domestik; Kedah; Perlis
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13366
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2019 06:30
Last Modified:13 Sep 2019 23:19

Repository Staff Only: item control page