Pemerintahan Gamal Abdel Nasser di Mesir dan reaksi orang Melayu, 1956-1970

Abu Hanifah Haris, (2018) Pemerintahan Gamal Abdel Nasser di Mesir dan reaksi orang Melayu, 1956-1970. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (1). pp. 103-124. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
423kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1094

Abstract

Mesir merupakan destinasi penting dalam kalangan orang Melayu untuk menyambung pengajian dalam bidang agama. Sejak tahun 1920-an, terdapat peningkatan yang ketara dari segi jumlah pelajar Melayu yang menyambung pengajian di Universiti al-Azhar dari seluruh Asia Tenggara, iaitu sekitar 200 orang pelajar pada tahun 1925 berbanding hanya sekitar 80 orang pelajar pada tahun 1919. Lanjutan daripada itu, orang Melayu terus memberikan penghormatan kepada Mesir, termasuklah pemimpin Mesir. Gamal Abdul Nasser merupakan Presiden Mesir kedua (1956-1970) sejak Mesir menjadi sebuah republik pada tahun 1952. Kepimpinan beliau menyebabkan Nasser menjadi salah seorang pemimpin Arab yang bukan sahaja dihormati di Mesir dan negara Arab, tetapi juga dalam kalangan orang Melayu. Artikel ini membincangkan reaksi orang Melayu terhadap pemerintahan Presiden Nasser, khususnya isu semasa yang berlaku ketika pemerintahan beliau. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan bahawa orang Melayu sangat menghormati Nasser sebagai pemimpin Arab yang bukan sahaja berjaya menjatuhkan sistem beraja yang lemah di Mesir, tetapi juga berjaya memajukan Mesir sebagai sebuah republik. Pada masa yang sama, orang Melayu bukan sahaja mengambil berat terhadap kebajikan umat Islam di Mesir yang berdepan dengan konflik dalaman seperti Krisis Terusan Suez 1956, tetapi juga mempunyai kesedaran sosial yang tinggi untuk membantu Mesir yang sedang berperang dengan Israel dalam Perang Arab-Israel 1967. Malah kematian Nasser pada tahun 1970 juga turut diingati oleh orang Melayu dengan mengadakan solat jenazah dan majlis memperingati kematian beliau di seluruh negara.

Item Type:Article
Keywords:Gamal Abdel Nasser; Mesir; Orang Melayu; Terusan Suez; Perang Arab-Israel
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13368
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2019 06:48
Last Modified:13 Sep 2019 23:22

Repository Staff Only: item control page