Menilai prioriti tuntutan rakyat dari perspektif dasar awam dan peranan wakil rakyat

Malike Brahim, and Mohamad Zaki Ahmad, and Musliza Mohamad, (2018) Menilai prioriti tuntutan rakyat dari perspektif dasar awam dan peranan wakil rakyat. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (1). pp. 125-146. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
572kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1094

Abstract

Artikel ini membincangkan dapatan kajian tentang kepelbagaian tuntutan rakyat kepada kerajaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti tuntutan dan keperluan rakyat sebelum digubal menjadi dasar awam. Namun, tidak semua tuntutan dapat dipenuhi kerana kerajaan perlu mengambil kira prioriti dan kesannya. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan bantuan daripada rakyat. Soal selidik diedarkan secara terus melalui serahan tangan oleh pengkaji dan dibantu oleh pembanci kepada semua responden. Dalam pada itu, temubual bersemuka bersama wakil rakyat dijalankan oleh pengkaji bertujuan mengetahui pelbagai masalah dan tuntutan daripada rakyat di kawasan masing-masing. Analisis kajian mendapati prioriti tuntutan rakyat dapat dibahagikan kepada keperluan pendidikan, perumahan, pertanian, penternakan, keselamatan, kemudahan, keagamaan dan isirumah. Jadi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar bagi memenuhi keperluan rakyat demi keselesaan mereka. Justeru, perbincangan dalam artikel ini berasaskan perspektif dasar awam menggunakan Teori Sistem. Dalam Teori Sistem, tuntutan rakyat adalah input yang perlu diproses oleh sistem politik (kerajaan) sebelum ditukar menjadi output atau hasil. Hasil itu adalah dasar yang berbentuk projek, program dan rancangan yang memberi kesan atau outcomes secara langsung ke atas kehidupan rakyat sama ada mereka berpuas hati atau sebaliknya. Atas sebab itu, maklum balas daripada rakyat amat penting kepada kerajaan bagi meningkatkan mutu setiap dasar yang dilaksanakan.

Item Type:Article
Keywords:Dasar awam; Tuntutan; Keperluan; Teori sistem; Wakil rakyat
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2019 06:52
Last Modified:13 Sep 2019 23:22

Repository Staff Only: item control page