Abdul Ghani Rafek, and Ong, Bok Cheng and Goh, Thian Lai (2019) Pencirian geomekanik jasad batuan dan analisis kestabilan cerun di Laman Granview, Saujana Puchong, Selangor, Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (4). pp. 757-763. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil4_2...
Abstract
Satu kajian pencirian geomekanik jasad batuan dan analisis kestabilan dua cerun terletak di tapak pembinaan Laman Granview di Saujana Puchong, Selangor telah dijalankan. Kawasan kajian merupakan sebahagian Formasi Bukit Kenny. Kajian telah dijalankan pada dua buah cerun potongan di tapak binaan adalah survei ketakselanjaran dan pencirian mekanik batuan. Kuarzit adalah litologi yang dominan di kawasan ini dengan sedikit filit. Ujian mekanik batuan berikut dijalankan: Ujian kekuatan mampatan sepaksi, ujian indeks beban titik dan ujian kekuatan regangan Brazil, ujian pantulan tukul Schmidt dan ujian Skleroskop Shore. Ujian kemiringan untuk penentuan kekasaran permukaan satah ketakselanjaran dijalankan pada sampel bongkah batuan. Hasil survei ketakselanjaran menunjukkan terdapat empat set ketakselanjaran yang utama di cerun L1 dengan nilai arah kemiringan/sudut kemiringan 62°/42°, 261°/79°, 281°/59° dan 237°/71°. Di cerun L2, terdapat tiga set ketakselanjaran utama iaitu dengan nilai arah kemiringan/sudut kemiringan 81°/41°, 171°/71° dan 198°/60°. Untuk ujian kemiringan, nilai purata sudut geseran puncak (fp) permukaan satah ketakselanjaran batu kuarzit dengan Pekali Kekasaran Kekar (PKK) 8-10 adalah 61°. Ketakselanjaran batuan kuarzit dengan nilai PKK 10-12 pula mempunyai purata sudut geseran puncak (fp) sebanyak 73°. Manakala, nilai purata sudut geseran puncak (fp) batuan filit dengan PKK 4-6 ialah 56°. Berdasarkan analisis kinematik, cerun L1 adalah stabil. Ragam kegagalan cerun L2 pula adalah kegagalan satah tetapi nilai sudut geseran permukaan satah yang tinggi akan menghalang kegagalan berlaku. Nilai perkadaran jasad batuan (RMR) bagi batuan kuarzit ialah 77 dan batuan filit ialah 66 dengan kedua-dua tergolong dalam batuan yang baik dalam kelas II.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis kinematik kestabilan cerun; Perkadaran jasad batuan (RMR); Ujian kemiringan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13378 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Sep 2019 07:37 |
Last Modified: | 19 Sep 2019 22:07 |
Repository Staff Only: item control page