Penentuan umur manusia menggunakan rongga pulpa gigi pramolar pertama melalui pendekatan Cameriere

Rus Dina Rus Din, and Siti Nur Zahidah Zahari, and Rohaya Megat Abdul Wahab, and Zaidah Zainal Ariffin, and Liew, Yi Ying and Shahrul Hisham Zainal Ariffin, (2019) Penentuan umur manusia menggunakan rongga pulpa gigi pramolar pertama melalui pendekatan Cameriere. Sains Malaysiana, 48 (4). pp. 823-830. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
676kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil4_2...

Abstract

Pemendapan dentin sekunder akan menyebabkan pengecilan rongga pulpa gigi selari dengan peningkatan umur seseorang. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui hubungan antara saiz rongga pulpa gigi dengan umur individu menggunakan nisbah kawasan pulpa/kawasan gigi (PTR) berdasarkan pendekatan Cameriere pada populasi Malaysia. Kajian ini melibatkan sebanyak 168 sampel gigi; 136 sampel untuk menjana formula manakala 32 sampel lagi untuk ujian ketepatan formula. Imej radiograf dua dimensi bagi 136 gigi pramolar pertama daripada populasi di Malaysia digunakan dalam kajian ini. Pengukuran gigi adalah berdasarkan kaedah Cameriere iaitu mengukur nisbah kawasan pulpa kepada kawasan keseluruhan gigi (PTR). Analisis statistik Pearson dilakukan bagi melihat hubungan antara saiz rongga pulpa dengan umur individu manakala analisis regresi linear dilakukan bagi menjana formula pengiraan untuk menganggar umur individu. Analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan negatif antara saiz rongga pulpa dengan umur (koefisien korelasi: -0.608 hingga -0.699) menunjukkan saiz rongga pulpa akan bertambah kecil apabila umur semakin meningkat. Formula pengiraan yang dijana mendapati nilai R2 antara 0.37 hingga 0.488 dengan nilai S.E.E. 3.329 hingga 4.413 tahun. Sebanyak 32 sampel gigi pramolar pertama baru yang dipilih secara rawak digunakan untuk menguji ketepatan formula pengiraaan. Julat purata perbezaan antara umur sebenar individu dengan umur yang dianggarkan menggunakan formula pengiraan adalah 1.670 hingga 3.316 tahun. Formula pengiraan yang dijana berpotensi untuk digunakan bagi menganggar umur individu dalam kes forensik serta kajian arkeologi.

Item Type:Article
Keywords:Nisbah kawasan pulpa kepada kawasan gigi (PTR); Pemendapan dentin sekunder; Penganggaran umur
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13385
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Sep 2019 01:21
Last Modified:20 Sep 2019 22:59

Repository Staff Only: item control page