Serangga dan mitos suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing Johor

Jai Kemalok, and Maryati Mohamed, (2018) Serangga dan mitos suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing Johor. Serangga, 23 (1). pp. 1-11. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
529kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1099/s...

Abstract

Kajian ini telah memfokuskan kepada hubungan serangga dan mitos yang selama ini tidak mendapat perhatian di Malaysia terutamanya dari perspektif mitos masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor. Kewujudan serangga dalam kehidupan setiap etnik/suku kaum di Malaysia ini telah membawa kepada kewujudan variasi unsur mitos. Oleh yang demikian, jika diinterpretasi mitos berkenaan serangga, boleh dikatakan bahawa mitos merupakan cara manusia memahami, menyatakan dan juga menghubungkan serangga dalam diri sendiri serta dalam sesuatu kelompok sebagai budaya sehingga wujudnya amalan menggunakan serangga dikalangan etnik/suku kaum dalam kehidupan harian dinamakan etnoentomologi. Dalam kajian ini, serangga yang dikaji adalah rama-rama (Lepidoptera), pepatung (Odonata) dan juga riang-riang (Homoptera). Ini disebabkan serangga tersebut amat popular dalam masyarakat serta mempunyai mitos yang tersendiri sehingga terbawa dalam budaya setempat terutamanya dalam aspek kepercayaan.

Item Type:Article
Keywords:Mitos; Serangga; Etnik/suku kaum Jakun
Journal:Serangga
ID Code:13411
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2019 03:42
Last Modified:22 Sep 2019 02:16

Repository Staff Only: item control page