Kajian kualitatif terhadap amalan pemberian makanan dalam kalangan penjaga kepada kanak-kanak dan remaja autisme bangsa Melayu

Yee, Xing You and Amirah Aqilah Abd Rahim, and Dalila Abdul Talib, and Nur Hana Hamzaid, and Zahara Abdul Manaf, (2019) Kajian kualitatif terhadap amalan pemberian makanan dalam kalangan penjaga kepada kanak-kanak dan remaja autisme bangsa Melayu. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17 (2). pp. 25-34. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
980kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/687

Abstract

Kelainan tingkah laku dan tabiat makan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja autisme menjadikan pemberian makanan seimbang sukar untuk dilakukan oleh ibu bapa. Kajian berbentuk kualitatif ini bertujuan untuk meneroka amalan pemberian makanan dan sumber maklumat pemakanan dalam kalangan penjaga kepada kanak-kanak dan remaja autisme berbangsa Melayu. Seramai 19 orang penjaga (berumur 35-53 tahun) kepada 19 orang kanak-kanak dan remaja autisme Melayu (berumur 7-18 tahun) telah menyertai perbincangan kumpulan berfokus. Peserta dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dari tiga pusat pendidikan kanak-kanak istimewa terpilih di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Perbincangan kumpulan berfokus ini ditranskripkan kata demi kata dan dianalisa dengan menggunakan perisian NVivo versi 11 yang seterusnya membentuk beberapa tema. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden di dalam kajian ini mengamalkan pemberian makanan sunnah, suplemen sumber Omega-3 serta suplemen vitamin dan mineral serta mengelak makanan mengandungi bahan tambah, gluten dan kasein, makanan laut, telur dan kekacang. Responden beranggapan amalan ini membantu dalam menambah baik tahap kesihatan dan perubahan tingkah laku anak mereka. Sumber maklumat pemakanan utama diperolehi daripada Kelab Autisme Malaysia, internet, doktor dan pengajar di sekolah agama. Kebanyakan responden tidak pernah mendapat nasihat daripada pakar pemakanan. Pakar pemakanan perlulah menyampaikan maklumat mengenai amalan pemakanan yang berdasarkan bukti saintifik kepada penjaga melalui persatuan autisme dan internet untuk memastikan penjaga dapat maklumat berkaitan pemakanan anak mereka dari sumber yang betul.

Item Type:Article
Keywords:Amalan pemberian makanan; Melayu; Autisme; Kajian kualitatif; Makanan tambahan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:13444
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2019 04:30
Last Modified:28 Sep 2019 01:42

Repository Staff Only: item control page