Amalan berkesan bagi ulasan terhadap simulasi kemahiran bukan teknikal dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan: satu kajian sistematik

Muhamad Nur Fariduddin, and Wee, Lei Hum and Lilia Halim, and Mohd Johar Jaafar, (2019) Amalan berkesan bagi ulasan terhadap simulasi kemahiran bukan teknikal dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan: satu kajian sistematik. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17 (2). pp. 51-62. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/687

Abstract

Kepentingan kemahiran bukan teknikal bagi golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan telah berkembang dengan pesat dan mula mendapat pengiktirafan sebagai salah satu elemen kritikal yang melengkapi kemahiran teknikal dalam meningkatkan keselamatan pesakit. Kemahiran ini diperolehi menerusi latihan simulasi yang kini berkembang sebagai kaedah yang efektif dan saling melengkapi bagi latihan berbentuk klinikal. Kemahiran bukan teknikal seringkali menggunakan simulasi dengan fideliti yang tinggi dan diikuti dengan perbincangan berbantu yang dikenali sebagai ulasan. Ulasan oleh fasilitator terlatih dianggap penting bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat dicapai menerusi proses refleksi. Namun begitu, masih terdapat kelompangan dari sudut elemen yang menyumbang terhadap keberkesanan sesuatu sesi ulasan. Artikel ini mengulas tentang elemen di dalam ulasan yang telah dimanipulasikan serta keberkesanannya terhadap penguasaan kemahiran bukan teknikal bagi golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan menerusi lapan buah artikel dengan menggunakan empat pengkalan data berbeza. Prestasi kemahiran bukan teknikal meningkat apabila sesi ulasan dimanipulasikan seperti penggunaan multimedia, ulasan kendiri atau tanpa sesi ulasan. Malah, tiada peningkatan tambahan terhadap prestasi kemahiran bukan teknikal apabila penggunaan video digunakan di dalam ulasan berbantu fasilitator. Aplikasi teori pembelajaran terhadap elemen tertentu berserta dengan aplikasi model ulasan spesifik amat ditekankan bagi memastikan sesi ulasan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Ulasan; Kemahiran bukan teknikal; Pembelajaran simulasi; Penjagaan kesihatan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:13448
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2019 06:29
Last Modified:28 Sep 2019 06:59

Repository Staff Only: item control page