Survey arkeologi di Gunung Baling : potensi ekskavasi di Gua Tok Sik dan Gua Baling@Berhala

Muhammad Afiq Omar, and Zuliskandar Ramli, and Adnan Jusoh, and Yunus Sauman, and Muhamad Shafiq Mohd Ali, and Muhammad Termizi Hasni, and Muhd Helmi Muhd Mukhtar, and Mohd Rohaizat Abd Wahab, (2016) Survey arkeologi di Gunung Baling : potensi ekskavasi di Gua Tok Sik dan Gua Baling@Berhala. Jurnal Arkeologi Malaysia, 29 (1). pp. 21-32. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Negeri Kedah memang sudah terkenal dengan kronologi sejarahnya yang panjang di mana ianya boleh dibahagikan kepada zaman prasejarah, zaman protosejarah dan sejarah. Artikel ini lebih menekankan jumpaan tapak–tapak baru yang berpotensi untuk diekskavasi di Banjaran Baling di mana terdapatnya kesan-kesan masyarakat prasejarah yang menetap di situ. Perkara ini sudah diketahui umum selepas H.D. Collings menjalankan kajian ekskavasi pada 1936. Kemudian, usaha ini diteruskan lagi oleh Jabatan Warisan Negara pada 2012 dan mereka berjaya menemui beberapa tapak baru yang berpotensi untuk dikaji seperti Gua Tembus 1 & 2, Gua Kechil dan Gua Akar. Pada awal 2015 pula, pasukan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pula cuba menjejak kembali tapak-tapak yang berpotensi ini untuk dikaji dan mendapati bahawa Gua Tok Sik dan Gua Baling @ Berhala mempunyai potensi untuk di ekskavasi berdasarkan beberapa faktor. Walau bagaimanapun kebanyakan tapak warisan kebudayaan ini yang berupa gua atau batu kukup sedikit sebanyak telah terganggu oleh aktiviti mencari baja tahi kelawar oleh penduduk tempatan untuk digunakan dalam aktiviti pertanian di kawasan Baling dan Kedah amnya.

Item Type:Article
Keywords:Jumpaan permukaan; Pecahan tembikar tanah; Prasejarah; Banjaran Baling
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:13463
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2019 08:07
Last Modified:03 Oct 2019 11:04

Repository Staff Only: item control page