Muhamad Shafiq Mohd Ali, and Zuliskandar Ramli, and Utomo, Bambang Budi (2016) Analisis komposisi bata purba di Candi Asem (TLJ V), Kompleks Percandian Batujaya, Indonesia. Jurnal Arkeologi Malaysia, 29 (1). pp. 33-41. ISSN 0128-0732
|
PDF
427kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada bata kuno yang terdapat di candi Asem menggunakan bahan binaan daripada sumber tempatan atau tidak. Candi Asem terletak dalam kawasan pertanian dan setelah dijalankan penggalian, terdapat runtuhan permukaan bangunan dan beberapa bahagian kaki candi. Bahan binaan utama yang digunakan dalam pembinaan candi ini adalah bata. Analisis saintifik terhadap bata untuk binaan candi dapat menunjukkan bata diperbuat daripada bahan mentah tempatan. Analisis saintifik menggunakan kaedah sinar-X berpendarflour (XRF) dan pembelauan sinar-X (XRD) boleh menentukan kandungan kimia yang terdapat dalam bata, antara lain juga kandungan mineral dan juga unsur utama serta unsur surih bata juga dapat diketahui. Kandungan mineral yang terkandung dalam bata Candi Asem menunjukkan terdapat kehadiran mineral seperti kuartza, anorthite, andesine, albite dan labradorite yang boleh didapati daripada semua sampel. Mineral hematite juga boleh dilihat pada semua sampel kecuali CA2, CA7 dan CA12. Selain itu terdapat mineral seperti bytownite, kristobalite, andradite, spinel, anorthoclase, tremolite, rheonite, gismondine, opal dan juga klinopyroksin. Analisis unsur utama menunjukkan SiO2, TiO2, Al2O3, Fe2O3, MnO, MgO, CeO, Na2O, K2O, P2O5 dan SO3 adalah seragam dalam kebanyakan sampel bata. Pengetahuan dalam unsur bata tersebut membolehkan diketahui sama ada bahan mentah tempatan digunakan dalam proses pembuatan bata. Penggunaan bahan mentah tempatan menunjukkan kebijaksanaan masyarakat tempatan dalam pembinaan candi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Candi Asem; Sinar-X berpendarflor; Sinar-X terbelau; Bata purba; Arkeometri |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 13464 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Oct 2019 08:12 |
Last Modified: | 03 Oct 2019 11:07 |
Repository Staff Only: item control page