Batuan impak meteorit: bukti penggunaan bahan mentah bagi masyarakat Paleolitik Pleistosen Pertengahan

Nor Khairunnisa Talib, and Mokhtar Saidin, and Jeffrey Abdullah, (2016) Batuan impak meteorit: bukti penggunaan bahan mentah bagi masyarakat Paleolitik Pleistosen Pertengahan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 29 (1). pp. 43-54. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Ekskavasi yang dijalankan di bahagian barat Kompleks Paleolitik Bukit Bunuh pada 2008-2010 telah menemukan sebuah bengkel pembuatan alat batu Paleolitik. Pentarikhan melalui OSL menunjukkan tapak ini telah dihuni sekitar 270,000 – 320,000 dan 490,000-550,000 tahun dahulu. Berdasarkan analisis litik, didapati kesemua bahan mentah yang digunakan sebagai artifak batu adalah daripada batuan impak meteorit.Batuan tersebut adalah terhasil daripada hentaman meteorit yang berlaku sekitar 1.83 juta tahun dahulu iaitu metakuarza, metakuarzit, metasedimen kerijangan dan suevit. Batuan-batuan tersebut mempunyai sifat kekerasan yang terlalu tinggi iaitu menghampiri skala mohs 9 - 9.5. Malah, sifat keras batuan tersebut dan teksturnya yang halus akibat pencairan semula batuan asal menjadikan mata tepi alat batunya amat tajam dan tahan lama.Masyarakat tersebut juga didapati memilih bahan mentah yang berbeza untuk digunakan sebagai alat batu dan peralatan batu. Peralatan batu seperti batu pelandas banyak diperbuat daripada batuan suevit, manakala batu pemukul dipilih daripada batuan suevit dan kuarza. Kebanyakan alat batu pula dipilih daripada batuan metasedimen kerijangan dan metakuarzit. Ini menunjukkan masyarakat Paleolitik di Bukit Bunuh membuat penelitian yang terperinci dalam memilih kesesuaian bahan mentah dengan fungsinya dalam penghasilan alat batu.Mereka juga lebih cenderung untuk menggunakan sumber yang terbaik dalam mendapatkan bentuk repehan yang diingini. Penemuan ini adalah sangat penting kepada geoarkeologi dan geowarisan negara dan dunia kerana ini adalah satu-satunya bukti di dunia masyarakat Paleolitik menggunakan bahan mentah batuan impak meteorit di dalam industri alat batu mereka.

Item Type:Article
Keywords:Bukit Bunuh; Hentaman meteorit; Paleolitik; Pleistosen; Bahan mentah
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:13465
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Oct 2019 08:16
Last Modified:03 Oct 2019 11:09

Repository Staff Only: item control page