Arkeopelancongan di Lembah Bujang: isu, dilema dan cabaran

Farhana Abdullah, and Adnan Jusoh, and Nasir Nayan, and Zuliskandar Ramli, (2016) Arkeopelancongan di Lembah Bujang: isu, dilema dan cabaran. Jurnal Arkeologi Malaysia, 29 (2). pp. 15-21. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan senario arkeopelancongan di Lembah Bujang dari segi isu, dilema dan cabaran semasa yang di hadapi. Kajian ini melibatkan responden sebanyak 150 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan dengan menggunakan kaedah soal selidik melalui borang soal selidik sebagai instrument kajian. Oleh itu, bagi kajian ini pendekatan secara kuantitatif digunakan. Persoalan ini timbul apabila kebanyakan tapak arkeologi yang berada di sekitar Lembah Bujang tidak dapat dibangunkan sebagai kawasan arkeopelancongan negara sekaligus menjadikan Lembah Bujang sebagai kawasan hanya untuk lawatan singkat rakyat tempatan sahaja. Keadaan ini haruslah dipulihara dengan melibatkan kerja-kerja seperti pengekalan, pengembalian semula, pemuliharaan dan penjagaan ke atas tapak arkeologi di Lembah Bujang. Hal ini bertujuan untuk memastikan tapak warisan arkeologi Lembah Bujang dipulihara dan bebas daripada kerosakan jangka panjang. Tapak warisan yang terdiri daripada bangunan candi di sekitar Lembah Bujang melebihi ratusan tahun merupakan sesuatu yang unik dan harus dibanggakan kerana di situlah tercetusnya nilai sejarah sesuatu tamadun bangsa. Oleh itu, beberapa cadangan akan dibincangkan secara ringkas mengenai strategi yang di dikemukakan untuk menjadikan Lembah Bujang sebagai produk arkeopelancongan negara.

Item Type:Article
Keywords:Arkeopelancongan; Lembah Bujang; Cabaran; Pemuliharaan; Tapak-tapak arkeologi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:13468
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Oct 2019 06:38
Last Modified:03 Oct 2019 11:28

Repository Staff Only: item control page