Deejay Daxter A. Albert, and Velat Bujeng, and Chia, Stephen (2017) Analisis awalan sisa-sisa cangkerang moluska prasejarah akhir di Melanta Tutup dan Bukit Kamiri, Semporna, Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (1). pp. 1-11. ISSN 0128-0732
|
PDF
512kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Tapak arkeologi Melanta Tutup dan Bukit Kamiri di Semporna, Sabah, Malaysia telah diekskavasi oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah serta Jabatan Warisan Negara pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007. Hasil ekskavasi telah mendedahkan penemuan seperti bukti pengebumian, alat batu, pecahan tembikar tanah liat, artifak logam dan tinggalan sisa-sisa fauna yang terdiri daripada spesies vertebrata dan invertebrata. Fokus perbincangan adalah sisa-sisa cangkerang moluska yang berasosiasi dengan lapisan kebudayaan prasejarah akhir (Zaman Logam) yang berusia sekitar 1,380 SM – 1,170 M di Melanta Tutup dan 1,380 – 760 SM di Bukit Kamiri. Berdasarkan analisis arkeozoologi, sisa-sisa cangkerang moluska yang dieksploitasi adalah dari kelas Gastropoda (Neritidae, Potamididae, Pachychilidae, Thiaridae, Trochidae, Muricidae dan Strombidae) dan Bivalvia (Arcidae, Cyrenidae dan Veneridae). Hal ini menunjukkan bahawa subsisten masyarakat prasejarah akhir Melanta Tutup dan Bukit Kamiri merangkumi persekitaran dari sumber marin, paya bakau dan air tawar. Sisa-sisa cangkerang moluska bukan sahaja sebagai bukti diet malahan berfungsi sebagai kiriman pengebumian berdasarkan asosiasinya dengan rangka manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sisa-sisa cangkerang moluska; Melanta Tutup; Bukit Kamiri; Prasejarah akhir; Arkeozoologi |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 13472 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Oct 2019 07:08 |
Last Modified: | 03 Oct 2019 11:36 |
Repository Staff Only: item control page