Analisis awalan plot profil permukaan dalam kajian fungsi alat repeh Tingkayu

Siti Khairani Jalil, and Jeffrey Abdullah, and Mokhtar Saidin, and Peter Molijol, (2017) Analisis awalan plot profil permukaan dalam kajian fungsi alat repeh Tingkayu. Jurnal Arkeologi Malaysia, 30 (1). pp. 13-24. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kajian kesan guna semakin berkembang dan digunakan sebagai kaedah utama untuk mengenal pasti fungsi alat batu masyarakat prasejarah. Perkembangan ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai kaedah baru sebagai medium tambahan untuk membina interpretasi dan mengenal pasti atribut kesan guna pada alat batu. Salah satu kaedah yang digunakan adalah analisis plot permukaan yang membantu mengenal pasti kesan haus pada mata tepi alat repeh. Selain itu, analisis ini akan memberi nilai plot profil rentasan pada permukaan alat repeh. Nilai plot profil ini akan membantu untuk mengenal pasti variasi tekstur permukaan yang haus pada alat repeh. Analisis plot permukaan ini dijalankan ke atas alat repeh jenis berperimping, bergerigi dan bertirus daripada tapak Tingkayu, Sabah. Maka, hasil analisis menunjukkan alat repeh daripada tapak Tingkayu adalah berfungsi untuk mengikis, meraut dan gabungan fungsi. Ini membuktikan bahawa alat repeh di Asia Tenggara mempunyai fungsi yang pelbagai.

Item Type:Article
Keywords:Alat repeh; Tingkayu; Kesan guna; Prasejarah; Fungsi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:13473
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Oct 2019 07:13
Last Modified:03 Oct 2019 11:35

Repository Staff Only: item control page