Kajian perbandingan bingkai media dalam liputan media blog di Malaysia

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, and Abdul Rauf Ridzuan, and Shafinar Ismail, (2019) Kajian perbandingan bingkai media dalam liputan media blog di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 21-40. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
925kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210

Abstract

Kajian ini menguji bagaimana blogger terpilih di Malaysia menggunakan bingkai media dalam liputan media blog ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Perbandingan terhadap pendedahan bingkai media dibuat ke atas dua kumpulan blog yang dikenalpasti. Kumpulan yang dinyatakan telah dikategorikan sebagai blog Pro-Barisan Nasional dan blog Pro-Pakatan Rakyat. Sejumlah 836 artikel telah dikumpul daripada lapan buah blog untuk dijadikan sampel kajian. Jumlah artikel meliputi artikel yang telah dipaparkan oleh para blogger bagi tempoh dua bulan sebelum dan selepas PRU ke-13. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat yang dibangunkan dan digunapakai oleh Semetko dan Valkenburg diadaptasi dan digunakan sebagai asas perbandingan. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keselarasan dalam penekanan sifat tanggungjawab, konflik, moral dan kepentingan manusia menerusi perbandingan penggunaan bingkai dengan isu serta perbandingan bingkai dengan sumber. Walau bagaimanapun, sifat ekonomi dilihat tidak terlalu diberikan penekanan dalam penulisan artikel blog ketika tempoh kajian dijalankan. Memandangkan bidang ekonomi memerlukan mereka yang pakar maka tidak semua blogger yang dikaji boleh membincangkan berkenaan isu ekonomi dalam penulisan mereka. Hasil kajian juga mencatatkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan bingkai konflik dan bingkai moral melalui pembolehubah isu dengan sumber berita. Ini jelas menunjukkan para blogger lebih gemar membincangkan dan mengaitkan sesuatu isu atau masalah yang timbul dengan pihak tertentu dengan harapan untuk menarik minat orang ramai terhadap apa yang sedang diperbahaskan.

Item Type:Article
Keywords:Pembingkaian media; Bingkai generik; Blog; Politik; Pilihanraya umum
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13479
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Oct 2019 07:01
Last Modified:09 Oct 2019 21:08

Repository Staff Only: item control page