Bentuk pelanggaran prinsip kesantunan dalam filem No Se Aceptan Devoluciones: satu tinjauan pragmatik

Nor Shahila Mansor, (2019) Bentuk pelanggaran prinsip kesantunan dalam filem No Se Aceptan Devoluciones: satu tinjauan pragmatik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 141-162. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210

Abstract

Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan bahasa sebagai medium untuk mengekspresi perasaan. Interaksi dan dialog dalam filem, walaupun telah disusun secara terancang, ianya masih boleh dianggap sebagai cerminan komunikasi harian. Filem No se aceptan las devoluciones [Tiada arahan disertakan] merupakan filem berbahasa Sepanyol dengan arahan dan lakonan oleh Eugenio Derbez pada tahun 2013. Dua fokus utama kajian ini berkait dengan pemahaman bentuk pelanggaran prinsip kesantunan dan bentuk implikatur perbualan yang wujud hasil daripada pelanggaran tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bersifat deskriptif. Data kajian terdiri daripada keseluruhan interaksi interlokutor yang mengandungi unsur pelanggaran prinsip kesantunan dalam filem tersebut dengan tempoh tayangan selama 122 minit. Keseluruhan interaksi interlokutor dalam bahasa Sepanyol telah ditranskripsi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman pembaca, dan dianalisis berdasarkan kepada Prinsip Kesopanan Leech (1983). Daripada hasil penelitian, terdapat pelanggaran dalam semua maksim kesopanan iaitu maksim kearifan, maksim kedermawan, maksim sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan dan maksim simpati. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dalam sesetengah interaksi, terdapat pelanggaran lebih daripada satu maksim. Dalam analisis implikatur perbualan pula, didapati beberapa jenis implikatur perbualan yang wujud dalam keseluruhan interaksi interlokutur; antaranya menipu, mempermainkan seseorang, mengejek, memaksa dan menolak permintaan. Adalah diharapkan kajian akan datang dapat memberikan tumpuan kepada Prinsip Kesantunan terhadap filem dari pelbagai genre yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Prinsip kesantunan; Hubungan interpersonal; Bahasa Sepanyol; Pragmatik; Budaya
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13486
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 00:06
Last Modified:09 Oct 2019 21:26

Repository Staff Only: item control page