Muhammad Adnan Pitchan, and Siti Zobidah Omar, and Akmar Hayati Ahmad Ghazali, (2019) Amalan keselamatan siber pengguna internet terhadap buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 212-227. ISSN 0128-1496
|
PDF
655kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210
Abstract
Dunia yang semakin berubah dengan pelbagai isu teknologi tentang keselamatan siber perlu diberi perhatian yang serius. Ancaman siber bukan sahaja menggugat Malaysia malah negara-negara lain juga mengalami masalah yang sama. Bagi mengatasi masalah ini elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet amat diperlukan. Hal ini kerana dengan kesedaran keselamatan siber yang tinggi kita mampu mengurangkan jenayah siber di dalam negara. Tambahan pula, kesedaran yang tinggi juga turut menentukan amalan yang baik dalam kalangan pengguna Internet. Dalam konteks ini amalan merujuk kepada tindakan pengguna Internet terhadap penyalahgunaan siber. Justeru, kajian ini menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber yang meneliti empat aspek iaitu buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Kajian ini juga memilih pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kumpulan fokus terhadap 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Hasil kajian menunjukkan rata-rata informan biasa melayari laman pornografi tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Informan juga turut menggunakan beberapa aplikasi Internet untuk melindungi kegiatan mereka daripada diketahui oleh orang lain. Selain itu, informan lebih gemar membeli barangan dalam talian di media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana platform tersebut tidak mempunyai sebarang pengiktirafan bagi tujuan perniagaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keselamatan siber; Buli siber; Pornografi; e-Mel phishing; Pembelian dalam talian |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13490 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Oct 2019 01:07 |
Last Modified: | 09 Oct 2019 21:28 |
Repository Staff Only: item control page