Produk media karya agung Malaysia

Nor Hashimah Jalaluddin, (2019) Produk media karya agung Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 228-245. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210

Abstract

Karya agung Melayu telah menarik perhatian bukan sahaja golongan sarjana malah pasukan produksi media juga. Pada tahun 1956, Hikayat Hang Tuah telah difilemkan dan dianugerahi dengan susunan muzik terbaik dan tercalon dalam kategori ‘Golden Bear’ di Festival Filem Berlin 1957. Sebuah lagi filem terkenal yang diadaptasi daripada filem Hikayat Merong Mahawangsa, iaitu ‘Raja Bersiong’ telah dihasilkan pada tahun 1968. Usaha memfilemkan dan mengadaptasi karya agung ini berterusan hingga ke milenium ini. Enfiniti Production telah menghasilkan Puteri Gunung Ledang (PGL) pada tahun 2004 dan diikuti dengan penerbitan filem Merong Mahawangsa (MM) oleh KRU Production pada tahun 2011. PGL kemudiannya telah dipentaskan sebagai teater di Istana Budaya pada tahun 2006. Dengan kehadiran teknologi moden, kedua-dua MM dan PGL telah menggunakan imej janaan komputer (computer generated imagery – CGI) untuk mendapatkan hasil yang baik. Sebuah lagi produk media iaitu anime Satria 7 memerihalkan Hang Tuah dan empat pahlawannya dalam bentuk ‘action series’ dikeluarkan oleh FINAS, RTM dan syarikat penerbitan Jepun dihasilkan pada 2016. Akhir sekali buku illustrasi Hikayat Hang Tuah telah dihasilkan pada tahun 2012. Dari segi memperkenalkan epik-epik ini jelas ia telah berjaya menarik generasi muda. Namun, keaslian epik-epik ini agak meragukan dan boleh dipertikaikan. Memandangkan syarikat penerbitan lebih mementingkan hal keuntungan, mereka telah mengubah suai jalan cerita dan lebih memberi fokus kepada teknik perfileman seperti props, pencahayaan, syot dan lokasi. Kesan dari pengubahsuaian ciri pada watak dan menyalahtafsir keaslian hikayat ini, maka secara tidak langsung telah mengurangkan keaslian karya agung Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Produksi media; Karya agung; Hikayat Hang Tuah; Merong Mahawangsa; Puteri Gunung Ledang
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13491
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 01:13
Last Modified:09 Oct 2019 21:25

Repository Staff Only: item control page