Analisis terhadap model-model penilaian laman sesawang Islam berbentuk dakwah di Malaysia

Mohamad Adib Mohamad Salih, and Halimi Mohd Khalid, and Rosmila Abdul Kahar, and Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari, (2019) Analisis terhadap model-model penilaian laman sesawang Islam berbentuk dakwah di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 263-282. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210

Abstract

Dakwah melalui teknologi maklumat telah lama berlangsung di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi mahupun individu untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Dakwah boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk penggunaan teknologi maklumat. Keberkesanan dakwah dalam menggunakan teknologi maklumat telah terbukti dengan melihat kepada pembangunan laman sesawang Islam yang banyak di dalam Internet. Berdasarkan perkembangan yang pesat ini, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi kesan kepada proses penerimaan ilmu pengetahuan dan pengambilan maklumat. Penyebaran maklumat yang salah dan tidak boleh dipercayai juga menyumbang kepada permasalahan seperti isu fitnah yang berleluasa seharusnya dititikberatkan dalam kalangan masyarakat untuk menilai sesuatu ilmu yang diambil daripada Internet. Dalam konteks laman sesawang Islam telah wujud pelbagai bentuk laman sesawang yang menjurus kepada penyebaran ajaran Islam. Namun, bagaimana masyarakat menerima sesuatu maklumat berdasarkan ilmu yang dimuatnaik di dalam laman sesawang tersebut dari segi kebolehpercayaan maklumat dan kredibiliti penulis? Dan bagaimana penilaian yang dibuat sebelum mengambil atau menyebarkan kepada orang lain? Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada penganalisisan model-model penilaian laman sesawang Islam bagi mengenalpasti ciri-ciri dan kriteria dalam menilai sesebuah laman sesawang Islam. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada pengguna Internet untuk menilai sesebuah laman sesawang atau perkakasan Internet yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Model; Penilaian; Laman sesawang; Dakwah; Islam
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13493
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 01:34
Last Modified:09 Oct 2019 21:22

Repository Staff Only: item control page