Literasi perundangan media baharu dalam kalangan belia

Ruzian Markom, and Zinatul Ashiqin Zainol, and Nurhidayah Ahmad Fuad, (2019) Literasi perundangan media baharu dalam kalangan belia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (3). pp. 372-389. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
812kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1210

Abstract

Fungsi utama kewujudan suatu undang-undang ialah untuk menjamin kesejahteraan diri, masyarakat serta sesebuah negara. Dalam skop penggunaan internet, terdapat lima undang-undang yang mengawalnya seperti Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Fitnah 1957. Perundangan media baharu ini bertujuan mengawal segala jenis penyalahgunaan media sosial yang dilihat semakin berleluasa akhir-akhir ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengetahui tahap kefahaman dan kesedaran golongan belia mengenai perundangan media baharu. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data kajian yang berkualiti. Dalam kajian ini, responden terbahagi kepada dua kumpulan, yang pertama terdiri daripada kalangan belia, majoritinya belia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 227 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden kumpulan pertama ini. Manakala, bagi responden kumpulan kedua ialah mahasiswa dan mahasiswi di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Seramai 80 responden yang terlibat menjadikan jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 307 responden. Hasil kajian mendapati majoriti belia mepunyai pengetahuan yang baik mengenai konsep media baharu. Selain itu juga, majoriti responden iaitu golongan belia juga menyedari serta memahami undang-undang berkaitan media baharu secara umum sahaja. Sungguhpun begitu, apabila menyebut beberapa jenis atau nama undang-undang berkaitan media baharu, majoriti responden masih berada pada tahap literasi perundangan yang sederhana.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang siber; Media baharu; Media sosial; Literasi perundangan; Belia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13499
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 03:24
Last Modified:09 Oct 2019 21:14

Repository Staff Only: item control page