Pelaksanaan wasiat sebagai medium menentukan kecemerlangan dan kejatuhan Kerajaan Samudera Pasai dalam Hikayat Raja Pasai

Abdul Rahman Idris, and Salmah Jan Noor Muhammad, and Zariat Abdul Rani, and Nik Rafdah Nik Muhamad Affendi, (2019) Pelaksanaan wasiat sebagai medium menentukan kecemerlangan dan kejatuhan Kerajaan Samudera Pasai dalam Hikayat Raja Pasai. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (2). pp. 3-15. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/

Abstract

Hikayat Raja Pasai (seterusnya HRP) mempunyai pengaruh Islam yang begitu menonjol kerana pemerintahnya beragama Islam malah pengarangnya juga beragama Islam. Melalui pengaruh Islam dalam HRP, maka penulis akan memperincikan wasiat-wasiat yang diketengahkan oleh pengarang dan kesannya terhadap ketaatan dan keengganan melaksanakannya. Kajian ini dilakukan kerana sehingga kini hampir tiada kedapatan kajian lalu yang mengkaji secara terperinci tentang peranan wasiat. Setakat ini cuma terdapat segelintir pengkaji yang menyentuh tentang wasiat. Harun Mat Piah sebagai contoh, memfokuskan kepada kesan pelanggaran wasiat. Ali Ahmad pula memfokuskan kepada perkembangan plot dan mengaitkannya dengan wasiat. Kamaruddin Hussein menekankan maksud wasiat dan waadat serta kesan terhadap pelanggaran wasiat. Nawawee Mohammad menulis tentang isu wasiat daripada seorang raja kepada seorang dan kesan daripada pelanggaran wasiat. Jamsari Mokhtar memfokuskan wasiat dari matra ketamadunan pemikiran Melayu dan kesannya terhadap pelanggaran wasiat. Maka melalui kelompongan ini, penulis menulis kajian ini dengan meletakkan dua objektif, iaitu menganalisis wasiat dalam HRP dan menghuraikan wasiat sebagai medium yang menentukan kecemerlangan dan kejatuhan kerajaan Samudera Pasai. Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan kerana kajian ini berdasarkan teks Russell Jones pada tahun 1999 yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat 10 wasiat dalam HRP. Pemerintah yang taat kepada wasiat menatijahkan negaranya maju dan kuat serta mampu mengalahkan kerajaan yang hebat, iaitu kerajaan Siam. Kezaliman Sultan Ahmad ke atas keluarganya sendiri dan ketidaktaatannya terhadap wasiat ayahandanya, iaitu Sultan Malikul Mahmud menyebabkan kerajaannya jatuh kepada Majapahit.

Item Type:Article
Keywords:Wasiat; Hikayat Raja Pasai; Islam; Pengaruh Islam; Samudera Pasai
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 06:37
Last Modified:10 Oct 2019 21:04

Repository Staff Only: item control page