Struktur dan unsur estetika dalam Mantera Kaul Melanau di Mukah

Chong, Shin and Pan, Hui (2019) Struktur dan unsur estetika dalam Mantera Kaul Melanau di Mukah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (2). pp. 17-24. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/

Abstract

Suku Melanau di Sarawak merupakan salah satu suku peribumi yang berdepan dengan ancaman kepunahan kebudayaan tradisional akibat beberapa faktor seperti urbanisasi, Islamisasi dan sebagainya. Aspek kebudayaan mereka, walaupun telah banyak diteliti sebelum ini namun masih terdapat lompong-lompong ilmu yang perlu diisi dan diperhalusi. Kajian ini berfokus pada mendeskripsi dan menganalisis mantera yang dibacakan semasa upacara memuja laut, iaitu upacara Kaul. Di daerah Mukah, Kaul diadakan oleh suku Melanau pada setiap bulan April, iaitu di akhir musim tengkujuh. Upacara ini diadakan untuk meminta Ipok-ipok (dewa laut) memberkati rezeki penduduk Melanau supaya makmur daripada segi hasil penangkapan laut dan pertanian pada musim yang baru. Hasil kajian mendapati bahawa struktur binaan mantera kaul mempunyai struktur yang sistematik dan tersusun dengan bermula daripada kata pembuka, ucapan mempelawa Ipok-Ipok (dewa laut) menjamu selera, menyatakan permintaan dan penutup mantera. Analisis terhadap kandungan mantera didapati bahawa mantera ini kaya dengan ciri estetika kesusasteraan, misalnya mengandungi alusi, anaphora, repeten, epifora dan hiperbola.

Item Type:Article
Keywords:Mantera; Kebudayaan; Melanau; Kaul; Struktur; Estetika
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13505
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 06:55
Last Modified:10 Oct 2019 21:15

Repository Staff Only: item control page