Pengkaedahan penterjemahan bidalan bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris

Nur Nadirah Zukefli, and Vijayaletchumy Subramaniam, (2019) Pengkaedahan penterjemahan bidalan bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (2). pp. 57-67. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
603kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pengkaedahan penterjemahan bidalan dalam Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate dan juga melalui manual iaitu melalui pelajar (n=50) yang mengambil jurusan bahasa dan ianya hanya terbatas kepada pengetahuan responden. Pengkaji telah memilih seramai 50 orang responden. Responden untuk kajian terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan bahasa di Universiti Putra Malaysia. Pengkaji telah menganalisis kesesuaian bidalan sebenar Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris berdasarkan makna bidalan tersebut. Selain itu, kajian turut mengenal pasti keupayaan mesin penterjemahan menterjemah bidalan-bidalan Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan kaedah pencarian maklumat melalui internet, kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan lapangan. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kaedah manual lebih tepat berbanding kaedah menggunakan mesin penterjemahan. Selain itu, kaedah manual lebih memberikan makna yang tepat bagi menterjemahkan sesuatu perkataan. Justeru, kajian in diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan tahap pendidikan dalam negara ini seperti kepentingan kepada penyelidik, kepentingan kepada guru, bakal guru, dan pensyarah dan kepentingan kepada pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Penterjemahan mesin; Google translate; Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13509
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 07:23
Last Modified:10 Oct 2019 21:20

Repository Staff Only: item control page