Dimensi ilustrasi visual dalam manuskrip Pelaga Lembu alam Melayu

Shahrul Anuar Shaari, and Ab. Razak Ab. Karim, and Mohammad Nazzri Ahmad, and Nor Azlin Hamidon, (2019) Dimensi ilustrasi visual dalam manuskrip Pelaga Lembu alam Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (2). pp. 81-95. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-2/

Abstract

Ilustrasi visual daripada berbagai kumpulan imajan telah lama wujud dalam naskhah manuskrip alam Melayu, khususnya dalam genre adat dan budaya. Buktinya adalah merujuk kepada temuan unsur-unsur visual dalam manuskrip Pelaga Lembu (MS1649) dari Kelantan-Patani, yang ditulis sekitar tahun 1860-an-1920-an. Manuskrip ini bersifat tunggal dan mempamerkan ciri-ciri autentik dalam konteks budaya kesenian visual. Dimensi ilustrasi visual merangkumi imajan makhluk ghaib seperti jin, pelbagai jenis simbolik wafak, diagram, kaligram, jadual, haiwan, Huruffuyyun, Yantra-Sak Yant, reka bentuk binaan, figura manusia dan pelbagai jenis tanda bab atau ayah. Keseluruhan unsur ilustrasi bukan berperanan sebagai hiasan tetapi berfungsi secara simbolik tentang adat dan tatacara pengurusan lembu pelaga sebelum, ketika dan selepas temasya perlagaan lembu. Manuskrip merupakan manual untuk pawang atau bomoh yang dianggap ‘orang pandai’ bertanggungjawab menentukan hari tarikh, bulan bersesuaian bagi mengadakan temasya. Pemikiran visual secara simbolik dan metaforik menjadi dasar utama alam kesenian Melayu dilihat melalui pendekatan komunikasi menggunakan kandungan semiotologi seperti ikon, indeks dan simbol. Setiap ilustrasi visual dihasilkan mempunyai ‘isi’ yang berfungsi secara grafik, optikal, persepsi, imajan mental dan verbal sama ada secara sedar atau tidak sedar telah diaplikasikan untuk tujuan hiburan kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Ilustrasi visual; Manuskrip pelaga lembu; Alam Melayu; Kelantan-Patani
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13511
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Oct 2019 07:37
Last Modified:10 Oct 2019 21:22

Repository Staff Only: item control page