Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang

Alhaadi Ismail, and Norimah Zakaria, (2019) Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3). pp. 23-30. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/en/volume-7-no-3/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menerokai penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Teluk Kemang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan pelajar Cina yang dikaji. Responden kajian ini terdiri daripada sekumpulan pelajar tahap 2 yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Telok Kemang. Kajian ini telah mengaplikasikan Teori Motivasi Robert C. Gardner (2005) untuk melihat faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi motivasi pelajar Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu. Keseluruhan sampel ialah seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor ekstrinsik lebih mempengaruhi motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya yang sering membantu dan menjadi rujukan para pelajar menjadi faktor utama dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ini.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi; Pembelajaran; Bahasa Melayu; Bahasa kedua; Pelajar Cina
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13514
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2019 01:26
Last Modified:10 Oct 2019 21:25

Repository Staff Only: item control page