Mohd Uzir Zubir, and Rohaidah Kamaruddin, (2019) Analisis kontrastif antara kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3). pp. 31-39. ISSN 2289-1706
|
PDF
243kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/en/volume-7-no-3/
Abstract
Analisis kontrastif merupakan cabang ilmu bahasa yang digunakan untuk membandingkan dua bahasa atau lebih untuk mencari perbezaan ataupun persamaan makna sesuatu perkataan. Kajian lampau telah membuktikan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mempunyai banyak perbezaan serta persamaan. Hal ini adalah disebabkan oleh keduadua bahasa tersebut berasal dan berkembang daripada bahasa Melayu. Penelitian ini bermatlamat untuk membuktikan bahawa antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia memiliki banyak perbezaan dan persamaan. Permasalahan yang tercetus apabila berlaku pertembungan dalam penggunaan kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia. Justeru, penelitian analisis ini adalah untuk mengenal pasti dan membandingkan penggunaan kata hubung bahasa Melayu dengan konjungtor bahasa Indonesia. Pendekatan yang digunakan adalah melalui pendekatan analisis kontrastif. Manakala metode yang digunakan terdiri daripada teknik terjemahan, penganalisisan data, model struktural, pendekatan Analisis Kontrastif dan Hipotesis ‘a priori’ (versi kuat). Hasil penelitian menunjukkan memang terdapat perbezaan dan persamaan makna perkataan yang saling melengkapi dalam kedua-dua yang dikaji. Daripada hasil penelitian ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan dan persamaan kedua bahasa adalah dalam bentuk ayat, makna serta kemiripan dalam struktur ayat tertentu. Kajian turut menyimpulkan bahawa analisis kontrastif dapat membantu dalam mencari perkataan kata hubung yang sesuai bagi kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis kontrastif; Analisis bezaan; Kata hubung; Konjungtor |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 13515 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Oct 2019 01:31 |
Last Modified: | 10 Oct 2019 21:26 |
Repository Staff Only: item control page