Pengaruh motivasi dalam pembelajaran bahasa Jepun murid sekolah menengah kebangsaan

Nor Sahayu Hamzah, and Zaid Mohd Zin, and Mohd Abdul Ghafar Mohd Ghazali, (2019) Pengaruh motivasi dalam pembelajaran bahasa Jepun murid sekolah menengah kebangsaan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3). pp. 41-50. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
295kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/en/volume-7-no-3/

Abstract

Kajian berkaitan dengan kelangsungan proses pembelajaran bahasa bukan natif masih kurang dilaksanakan sehingga hari ini. Isu ini dapat ditemukan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang merupakan sumber primer dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap murid sekolah menengah harian untuk mengenal pasti jenis-jenis motivasi yang hadir dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran bahasa Jepun. Kajian memfokuskan perkaitan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang diamalkan oleh murid di dalam dan di luar bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 27 orang murid tingkatan 2 Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Aziz Shah (SSAS), Shah Alam. Sekolah ini dipilih kerana ia merupakan sekolah menengah harian biasa yang menawarkan kursus Bahasa Jepun. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan faktor motivasi yang paling dominan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari bahasa Jepun. Analisa kajian yang berasaskan data deskriptif hanya memfokuskan kepada bilangan dan peratusan sahaja. Dapatan kajian menjelaskan bahawa akses dalam talian dan penggunaan media massa membantu murid dalam pembelajaran bahasa bukan natif. Faktor ini merupakan faktor motivasi intrinsik manakala faktor ekstrinsik pula memperlihatkan tahap kebergantungan tinggi terhadap rakan berbanding guru adalah yang paling dominan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati peratusan keseluruhan motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding keputusan yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Motivasi; Pembelajaran bahasa Jepun
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13516
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2019 01:37
Last Modified:10 Oct 2019 21:27

Repository Staff Only: item control page