Kisah percintaan dan penggemblengan watak dan perwatakan dalam novel popular Adam dan Hawa karya Aisya Sofea

Nurul Hilwany Che Shaffne, and Mohd. Zariat Abdul Rani, and Norazlina Haji Mohd. Kiram, and Muhd. Zulkifi Ismail, (2019) Kisah percintaan dan penggemblengan watak dan perwatakan dalam novel popular Adam dan Hawa karya Aisya Sofea. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3). pp. 51-62. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/en/volume-7-no-3/

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pemahaman umum bahawa kisah percintaan sering dijadikan sebagai tema utama dalam novel-novel popular. Kebanyakan penyajian kisah percintaan dalam novel popular ini dikatakan menggembleng watak dan perwatakan yang ada dengan cara yang amat ketara. Bersandarkan tanggapan umum ini, artikel ini meneliti novel Adam dan Hawa (2013) iaitu sebuah novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Bagi mencapai matlamat kajian, analisa terhadap aspek watak dan perwatakan, dan seterusnya rumusan terhadap fungsi aspek watak dan perwatakan dalam pembikinan naratif novel telah dijalankan. Hasil daripada analisis mendapati bahawa pembikinan naratif novel Adam dan Hawa telah menggembleng sepenuhnya aspek watak dan perwatakan dengan merealisasikan tiga strategi, iaitu pembinaan watak dengan perwatakan yang kondusif, pembinaan watak dengan perwatakan yang saling bertentangan, dan olahan perwatakan watak-watak secara drastik. Melalui dapatandapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa penggemblengan aspek watak dan perwatakan dalam novel Adam dan Hawa berfungsi membangunkan sebuah kisah percintaan.

Item Type:Article
Keywords:Kisah percintaan; Watak dan perwatakan; Novel popular; Adam dan Hawa; Aisya Sofea
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:13517
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Oct 2019 01:42
Last Modified:10 Oct 2019 21:29

Repository Staff Only: item control page