Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu:penelitian berasaskan perbezaan jantina

Majdan Paharal Radzi, and Shahidi A.H., and Rahim Aman, (2019) Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu:penelitian berasaskan perbezaan jantina. Jurnal Melayu, 18 (1). pp. 13-28. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
793kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1183

Abstract

Makalah ini bertujuan menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Secara khusus, kajian ini bertujuan memerihalkan aspek kualiti suara dalam penghasilan bunyi berkenaan berasaskan perbezaan jantina. Kajian ini memanfaatkan kaedah kepustakaan, kaedah lapangan dan makmal. Perisian PRAAT digunakan semasa analisis spektograf. Kajian yang dikemukakan oleh pengkaji meliputi parameter Masa Mula Suara dan Tempoh Masa Penyuaraan Frikatif bagi melihat perbezaan ciri-ciri akustik yang dihasilkan oleh penutur lelaki dan perempuan. Data linguistik terdiri dari bunyi plosif dan frikatif Melayu dan Arab di awal dan di tengah kata. Menerusi hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu berdasarkan jantina. Oleh itu, perbezaan jantina tidak memberi kesan dalam penguasaan pertuturan bahasa Arab khususnya faringealisasi. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para pengkaji dalam memperdalami ilmu fonetik akustik dan memperkaya kosa ilmu dalam dimensi yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Perbezaan jantina; Bunyi faringealisasi Arab; Fonetik akustik; Analisis spektrograf; Kualiti suara
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13520
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2019 04:29
Last Modified:14 Oct 2019 21:08

Repository Staff Only: item control page