Sisterhood political solidarity dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari

Nur Azliza Mohd Nor, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Sisterhood political solidarity dalam Black Widow-Wajah Ayu (1994) arahan U-Wei Haji Saari. Jurnal Melayu, 18 (1). pp. 43-57. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
312kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1183

Abstract

Filem Black Widow-Wajah Ayu (1994) adalah arahan sutradara prolifik U-Wei Haji Saari. Filem ini adalah adaptasi daripada novel popular karya Raja Azmi Raja Sulaiman, berjudul Black Widow yang diterbitkan pada tahun 1993. Filem ini memaparkan tentang watak protagonis Mas Ayu yang berkerjaya tetapi pada masa yang sama perlu berhadapan dengan kecaman dan penindasan daripada masyarakat hanya kerana bergelar sebagai anak ‘luar nikah’. Sehubungan dengan itu, artikel ini mengaplikasikan teori sisterhood political solidarity yang dianjurkan oleh Hooks (1993), dengan berlandaskan dua konsep iaitu struktur institusi sosial dan seksisme. Bentuk-bentuk seksisme (diskriminasi, eksploitasi dan penindasan) pula dianalisis berdasarkan dua konteks iaitu hubungan protagonis wanita dengan watak-watak wanita, dan hubungan protagonis wanita dengan watak-watak lelaki. Artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘bagaimanakah struktur institusi sosial masyarakat Melayu menjadi dasar kepada bentuk-bentuk seksisme yang dialami oleh watak protagonis Mas Ayu dalam filem Black Widow-Wajah Ayu (1994)?’ Maka, data bagi kajian ini adalah berbentuk fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Instrumen utama bagi memperoleh data adalah menerusi analisis kandungan terhadap filem Black Widow Wajah Ayu, dan bahan-bahan yang berkaitan seperti artikel jurnal, tesis, bab dalam buku, majalah serta akhbar. Selari dengan pandangan Hooks, dapatan mengesahkan bahawa institusi keluarga yang berasaskan sistem patriarki yang lemah, tidak terkawal dan mementingkan diri adalah penyebab kepada Mas Ayu yang berhadapan dengan bentuk-bentuk seksisme. Penemuan turut menunjukkan bahawa bentuk-bentuk seksisme lebih banyak berlaku dalam hubungan Mas Ayu dengan watak-watak lelaki berbanding hubungannya dengan watak-watak wanita. Malah, bukan sahaja Mas Ayu yang perlu berhadapan dengan seksisme, tetapi dia turut melakukan seksisme kepada orang lain terutama dalam hubungannya dengan watak-watak lelaki.

Item Type:Article
Keywords:Feminisme; Sisterhood political solidarity; Kritikan filem Melayu; Black Widow-Wajah Ayu; U-Wei Haji Saari
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13522
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2019 04:41
Last Modified:14 Oct 2019 21:13

Repository Staff Only: item control page