Penelitian “strategi seram” dalam filem rumah berhantu Malaysia dan Amerika

Ahmad Muhyiddin Yusof, and Ruzy Suliza Hashim, and Noraini Md Yusof, and Anita Harris Satkunananthan, (2019) Penelitian “strategi seram” dalam filem rumah berhantu Malaysia dan Amerika. Jurnal Melayu, 18 (1). pp. 58-73. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
729kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1183

Abstract

Tujuan utama artikel ini adalah untuk membongkar pelbagai strategi seram yang terkandung di dalam filem seram berkonsepkan rumah hantu Malaysia dan Amerika Syarikat. Kewujudan rumah berhantu di alam nyata mampu menimbulkan rasa takut dalam kalangan penonton apabila mereka menonton filem seram. Ini adalah kerana, penggunaan latar rumah berhantu mempunyai beberapa motif, elemen dan aspek teknikal tertentu. Artikel ini ingin menjelaskan dengan lebih terperinci tentang makna uncanny untuk mengenalpasti akan kesannya terhadap filem-filem rumah hantu dari seleksi klasik dan juga yang terkini. Dengan menggunakan pendekatan teoretika, hubungan uncanny dan filem rumah hantu di Malaysia dan Amerika Syarikat dapatlah difokuskan. Berdasarkan theory uncanny Sigmund Freud, Andrew Bennett dan Nicholas Royle, dapatlah disenaraikan beberapa aspek yang mempunyai potensi seram yang kebiasaannya boleh mempengaruhi penghuni rumah hantu dan secara keseluruhannya aspek-aspek tersebut juga telah digunapakai untuk membikin filem-filem rumah hantu yang lain di Malaysia dan Amerika. Hasil perbincangan ini akan mempamerkan hubungkait diantara strategi-strategi seram dan uncanny di mana ianya boleh digunapakai untuk analisis filem-filem rumah berhantu di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Item Type:Article
Keywords:Rumah berhantu; Filem; Uncanny; Strategi seram; Objek berhantu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13523
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2019 04:48
Last Modified:14 Oct 2019 21:15

Repository Staff Only: item control page