Pengaruh vlog dakwah terhadap kognitif dan afektif remaja di Putrajaya

Muhamad Faisal Ashaari, and Noor Hafizah Jujaji, (2018) Pengaruh vlog dakwah terhadap kognitif dan afektif remaja di Putrajaya. Al-Hikmah, 10 (1). pp. 16-33. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Vlog merupakan antara aplikasi media baharu yang mendapat tempat dalam kalangan remaja. Oleh kerana ia digunakan dengan meluas, bagaimanakah ia boleh mempengaruhi remaja dari sudut kognitif dan afektif, terutamanya dalam membawa mesej dakwah kepada mereka. Kajian ini mengkaji persepsi remaja di Putrajaya terhadap vlog dakwah dengan memberikan fokus kepada keperluan kognitif dan afektif yang boleh mempengaruhi mereka kepada kesedaran Islam. Seramai 150 pelajar tingkatan satu, dua, empat dan tingkatan enam dari 3 buah sekolah di Putrajaya dipilih sebagai responden secara bertujuan. Hasil kajian mendapati nilai min tinggi dalam lima konstruk yang boleh mempengaruhi kognitif remaja iaitu vlog yang mengandungi perkataan yang positif dengan min 4.07, vlog yang membawa mesej agama dengan min 4.07, vlog yang mempunyai integrasi kandungan muzik, teks dan bunyi dengan min 4.04, vlog yang mengandungi maklumat yang ringkas dan padat supaya mudah untuk difahami mempunyai nilai min 4.03 serta vlogger yang mempamerkan aksi secara spontan dengan min 4.02. Bagi aspek tema, ia mempunyai lima konstruk yang perlu ditekankan bagi memberikan maklumat dan mempengaruhi remaja kepada kesedaran Islam. Tema tersebut adalah tema penerapan nilai murni iaitu 4.14, tema nasihat iaitu 4.11, tema keinsafan iaitu 4.10, tema ceramah iaitu 4.07 dan tema ketuhanan iaitu 4.06. Manakala dalam mempengaruhi keperluan afektif pula, kajian mendapati tiga konstruk yang perlu ditekankan bagi memberikan kesan menonton iaitu menyedari untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah dengan min 4.21, menyedari bahawa Al-Quran dapat mendekatkan diri kepada Allah iaitu 4.20 dan sedar perlunya melaksanakan perkara amar makruf dan nahi mungkar untuk mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan min 4.20. Hasil kajian ini memberikan implikasi penting bagi membantu pendakwah memantapkan kaedah dakwah dengan menekankan penggunaan tema yang baik serta keperluan kognitif dan keperluan afektif pada ciri persembahan vlog.

Item Type:Article
Keywords:Vlog dakwah; Online dakwah; Dakwah media baharu; Dakwah siber
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13526
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2019 07:45
Last Modified:14 Oct 2019 21:21

Repository Staff Only: item control page