Trait personaliti pendakwah Muslim: satu sorotan literatur

Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz, and Zainab Ismail, (2018) Trait personaliti pendakwah Muslim: satu sorotan literatur. Al-Hikmah, 10 (1). pp. 34-54. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pendakwah merupakan antara asas utama dakwah selain sasaran, kaedah dan isi kandungan dakwah. Namun, sikap dan tingkah laku pendakwah yang tidak mencerminkan peribadi seorang pendakwah Muslim yang baik akan menjadi penghalang kepada kelancaran gerak kerja dakwah. Oleh itu, kajian ini membincangkan trait personaliti yang harus ada pada setiap pendakwah untuk berjaya dalam lapangan dakwah. Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan. Data yang dikumpul daripada bahan seperti buku, artikel dalam jurnal, prosiding, tesis dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati akhlak yang baik, tahap pengetahuan yang tinggi, penampilan yang menarik, kepimpinan yang mantap dan kemahiran yang pelbagai adalah trait personaliti pendakwah yang berjaya. Setiap pendakwah khususnya dan organisasi dakwah umumnya harus mengambil berat tentang trait personaliti pendakwah dan mengambil tindakan yang sesuai supaya kualiti para pendakwah di Malaysia dapat ditingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:Trait personaliti; Personaliti pendakwah; Pendakwah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13527
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Oct 2019 08:29
Last Modified:14 Oct 2019 21:35

Repository Staff Only: item control page