Abdul Qahhar Ibrahim, and Abdul Ghafar Don, and Muhamad Faisal Asha’ari, (2018) Konsep hisbah dan kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam. Al-Hikmah, 10 (1). pp. 55-78. ISSN 1985-6822
|
PDF
340kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Pelaksanaan hisbah merupakan satu amalan pengawasan dalam pengurusan Islam yang terkesan dengan konsep amar maaruf nahi munkar dan pelaksanaannya telah bermula sejak zaman pemerintahan Islam yang pertama. Secara ringkasnya skop hisbah adalah begitu luas mencakupi aspek agama, politik, sosial dan ekonomi. Objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk mengkaji konsep hisbah dan kepentingannya dalam pengurusan hal ehwal Islam. Penulisan ini telah menggunakan metode analisis kandungan terhadap dokumen tertentu seperti enakmen, kertas kerja, jurnal, dan buku yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep hisbah terbentuk berasaskan kefahaman terhadap elemen amar maaruf nahi munkar yang merupakan nadi asas kepada pelaksanaan hisbah dan pengurusan Islam. Fungsi hisbah juga amat penting bagi membentuk dan membina pengurusan hal ehwal Islam yang berdaya maju secara dalaman dan luaran sesuai dengan perkembangan semasa. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang berterusan wajar dilakukan bagi proses pemantapan pelaksanaan hisbah dalam pengurusan hal ehwal Islam pada masa akan datang iaitu dari sudut struktur organisasi, masalah dan cabaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Konsep hisbah; Amar maaruf nahi munkar; Pengurusan hal ehwal Islam |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 13528 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Oct 2019 00:58 |
Last Modified: | 16 Oct 2019 21:55 |
Repository Staff Only: item control page