Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, and Abd Hadi Borham, and Wahyu Hidayat Abdullah, and Muhammad Akramin Kamarul Zaman, (2018) Hubungan insentif keimanan dan amalan pengajaran: kajian terhadap guru tahfiz swasta di negeri Perak. Al-Hikmah, 10 (1). pp. 79-94. ISSN 1985-6822
|
PDF
581kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyingkap insentif keimanan dan hubungannya dengan amalan pengajaran guru di maahad-maahad tahfiz al-Quran swasta Negeri Perak. Kajian telah melibatkan (33) orang guru sebagai sampel secara rawak mudah di Maahad-maahad Tahfiz terpilih. Bagi mencapai objektif kajian satu set soal selidik yang mengandungi (15) item bagi mengukur insentif keimanan yang telah diberikan kepada para guru dan (10) item digunakan sebagai instrumen untuk mengukur amalan pengajaran. Dapatan dari soal selidik dianalisis secara deskriptif menunjukkan secara keseluruhan tahap insentif keimanan yang telah diberikan oleh pengurus atau pentadbir maahad berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min (4.60) manakala tahap amalan pengajaran guru adalah sederhana dengan nilai min (3.44). Dapatan kajian turut menunjukkan hubungan yang signifikan antara insentif keimanan yang diberikan oleh pengurus maahad dan amalan pengajaran guru. Implikasi kajian merumuskan amalan pengajaran guru perlu dipertingkatkan terutama kepada aspek pemahaman ayat-ayat al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan pengajaran; Guru Tahfiz Al-Quran; Insentif keimanan |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 13529 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Oct 2019 01:06 |
Last Modified: | 16 Oct 2019 21:54 |
Repository Staff Only: item control page