Sabri Mohamad, (2016) Pengaruh ilmu qira’at dalam pengajian Islam. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (1). pp. 1-12. ISSN 0128-0899
|
PDF
912kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Ilmu qira’at adalah suatu ilmu yang sangat penting dan masyhur dalam pengajian Islam. Para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam amat menyarankan agar ilmu qira’at perlu dikuasai sebaik mungkin kerana kedudukannya yang penting dalam senarai ilmu Islam. Bagi melestarikan dan mengekalkan kesinambungannya juga para ulama terus membicarakan, menyebarkan, menulis, mengkaji dan mempertahankannya melalui aktiviti-aktiviti penulisan dan penyebaran ilmu yang mewakili pelbagai kumpulan dan kelompok disiplin ilmu. Ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu ini atau mereka yang memuatkan bicara ilmu ini dalam karya-karya mereka, sentiasa berusaha untuk menyerlahkannya sebagai salah satu ilmu yang amat berperanan dan berpengaruh. Sejajar dengan kepentingan tersebut, artikel ini membicarakan pengaruh ilmu qira’at dalam beberapa ilmu pengajian Islam dengan menjadikan qira’at ‘asharah dan juga shadhdhah sebagai tunjang perbahasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh qira’at yang dibicarakan oleh ulama secara langsung atau tidak, didapati dalam perspektif ilmu yang berbeza iaitu tafsir, akidah, fiqh, rasm al-Quran, bahasa Arab dan i‘jaz al-Quran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Qira’at ‘asharah; Qira’at shadhdhah; Tafsir; I’jaz al-Quran; Rasm al-Quran |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 13538 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Oct 2019 03:30 |
Last Modified: | 18 Oct 2019 21:18 |
Repository Staff Only: item control page