Zakariah Abdul Rashid, and Sahak Mamat, and Ab. Aziz Ab. Rahman, and G. Gabil, Jeseel (1999) Pengaruh pasaran dan teknologi dalam ekonomi Malaysia: pendekatan inputoOutput. Jurnal Ekonomi Malaysia, 33 . ISSN 0127-1962
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit
Abstract
Sektor industri, khasnya sektor perkilangan, memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia. Tiap-tiap firma di dalamnya saling berkait rapat antara satu dengan yang lain untuk membentuk satu sistem bagi menggalakkan pengeluaran input asas dan menggunakannya untuk mengeluarkan output. Bagaimanapun mentransformasikan input kepada output bukanlah satu proses yang mudah. Ia melibatkan pelbagai kekangan. Dari sudut penawaran, kedapatan sumber-sumber input dan jenis teknologi yang digunakan akan menentukan jumlah keluaran. Dari sudut permintaan pula jangkauan dan keadaan pasaran akan menentukan penggunaan output. Di Malaysia, dari sudut penawaran, pertumbuhan output berkait rapat dengan pergerakan bahan mentah, buruh dan faktor-faktor lain. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan perubahan dalam struktur dan perubahan dalam tingkat serta komposisi permintaan akhir terhadap input perantaraan, buruh dan keperluan modal dalam beberapa industri di Malaysia untuk tempoh 1978-87 dengan menggunakan kerangka input-output. Walaupun kedua-dua pemboleh ubah ini boleh berubah serentak, percubaan akan dibuat untuk memisahkan antara satu kesan dengan kesan yang lain. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa perubahan teknologi dalam penggunaan input perantaraan adalah neutral, berkesan dalam penggunaan buruh, dan agressif dalam penggunaan modal. Dalam masa yang sama, perubahan dalam tingkat dan komposisi permintaan akhir telah memberi kesan yang signifikan terhadap penggunaan input yang digunakan
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 1354 |
Deposited By: | mr Mustaffa Abu Bakar |
Deposited On: | 18 May 2011 03:26 |
Last Modified: | 12 Sep 2011 03:00 |
Repository Staff Only: item control page