Haziyah Hussin, and Latifah Abdul Majid, and Nor Syamimi Mohd, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Sabri Mohamad, (2016) Pemikiran tafsir Sheikh Mohamed Idris al-Marbawi dalam manuskrip Quran Bergantung Makna Melayu. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (1). pp. 24-34. ISSN 0128-0899
|
PDF
979kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Manuskrip Melayu Islam adalah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh intelektual Melayu yang menjadi lambang kesarjanaan mereka. Ia mencerminkan falsafah dan jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menunjangi kehidupan mereka. Antara manuskrip yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum ialah Quran Bergantung Makna Melayu dan Tafsir Quran Marbawi yang Ringkas, karya tafsir yang dihasilkan oleh Mohamed Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi. Kedua-dua manuskrip tafsir ini sangat signifikan dalam konteks kajian khazanah tafsir di Malaysia dan Nusantara. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memperkenalkan manuskrip Quran Bergantung Makna Melayu kerana pendekatan tafsirnya bersifat analitikal (tafsir tahlili) berbanding Tafsir Quran Marbawi yang Ringkas yang mengandungi tafsir yang sangat ringkas yang lebih hampir kepada konsep tarjamah tafsiriyyah. Gaya pentafsiran secara analitikal mewajarkan kajian terhadap pendekatan tafsir yang diaplikasi oleh al-Marbawi dan beberapa aspek pemikiran tafsirnya. Kaedah analisis kandungan terhadap manuskrip Quran Bergantung Makna Melayu digunakan bagi mendapatkan data, kemudian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh al-Marbawi menepati pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh para ulama dan sarjana iaitu berdasarkan tafsir bi ma’thur dan tafsir bi ra’y. Namun, kajian ini mendapati pendekatan tafsir bi ra’yi adalah lebih dominan dalam manuskrip tafsirnya. Aspek pemikiran yang diketengahkan oleh al-Marbawi dalam pentafsiran al-Quran pula bersifat semasa dan releven dengan masyarakat setempat khususnya ketika mentafsirkan ayat-ayat berkaitan hukum, perundangan dan sains. Implikasi kajian menunjukkan bahawa manuskrip Quran Bergantung Makna Melayu adalah tafsir sahih yang diangkat sebagai karya yang mengandungi nilai kontemporari dan menjadi sumber penting dalam ilmu Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Manuskrip Melayu; Idris al-Marbawi; Tafsir Malaysia; Tafsir Nusantara; Tafsir bi al-ma’thur |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 13540 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Oct 2019 03:50 |
Last Modified: | 18 Oct 2019 21:21 |
Repository Staff Only: item control page