Ciri-ciri penulisan Jawi Braille bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia

Fatimah Nazihah Mohd Nazir, and Tengku Intan Zarina Tengku Puji, and Latifah Abdul Majid, (2016) Ciri-ciri penulisan Jawi Braille bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (1). pp. 44-56. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
935kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tulisan Jawi telah diterima sebagai alat yang digunakan bagi memudahkan penyebaran agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu dan masih digunakan dalam pelajaran Agama Islam. Masyarakat Melayu termasuk yang mengalami masalah penglihatan amat menghargai tulisan ini kerana ia merupakan jambatan memahami Islam dan Quran. Sehubungan itu pelbagai pendekatan telah dilakukan seperti mentranskrip bahan Jawi Braille semakin mendapat perhatian di Malaysia. Namun, masih wujud kekurangan bahan rujukan pengajaran dan kelemahan penguasaan Jawi Braille dalam kalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan. Justeru artikel ini menjelaskan ciri-ciri tulisan Jawi Braille, perbandingan antara tulisan Jawi Braille, Jawi biasa, dan al-Quran Braille. Metodologi kajian ini ialah analisis kandungan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa wujudnya persamaan di dalam Jawi Braille dan Jawi biasa dari sudut ejaan.

Item Type:Article
Keywords:Jawi Braille; al-Quran Braille; Masalah penglihatan; Pendidikan Islam; Pengajaran dan pembelajaran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13543
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2019 04:11
Last Modified:18 Oct 2019 21:24

Repository Staff Only: item control page