محي الدين هاشم أمبونج, and عبد الرحمن عبيد حسين, and عدنان محمد يوسف, (2016) التفسير الصوفي الإشاري في أعمال القلوب: دراسة نقدية في تفسير روح البيان للبروسوي. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (1). pp. 94-101. ISSN 0128-0899
|
PDF
832kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Tafsir Sufi Isyari dan dan Tafsir Ruh al-Bayan yang dikarang oleh al-Burusawi. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif terhadap Tafsir Sufi Isyari bagi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu amalan hati dalam Tasawwuf. Metodologi kajian ini ialah dengan menganalisa maklumat berdasarkan pendekatan deskriptif dan kritikan. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa Tafsir Sufi Isyari (iaitu satu bentuk tafsir yang berdasarkan isyarat yang tersembunyi yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran) yang dikarang oleh al-Burusawi dalam isu amalan hati sebahagiannya adalah bertepatan dengan syarat. Ia berdiri di atas dua asas. Pertamanya, Tafsir Sufi Isyari berada dalam makna umum lafaz ayat yang ditafsir. Keduanya, hubungan antara Tafsir Sufi Isyari dengan ayat tersebut adalah hubungan sebab dan musabbab. Kajian ini juga mendapati bahawa sebahagian Tafsir Sufi Isyari oleh al-Burusawi tidak menepati syarat. Ia berdiri di atas tiga asas. Pertamanya, tafsiran yang dibuat terkeluar daripada tafsiran normal makna bahasa Arab. Keduanya, mengumumkan yang khusus bukan pada tempatnya. Perlu dijelaskan bahawa jika al-Burusawi hanya menghadkan tafsirannya kepada Tafsir Isyari sahaja maka tidak ada beza antaranya dengan tafsiran mazhab Syiah Batiniyyah. Walaubagaimana pun, keyakinan kita terhadap keilmuannya dalam bidang tafsir, pengiktirafan beliau terhadap tafsir yang normal dan penolakan beliau terhadap Batiniyyah menjadikan Tafsir Isyarinya boleh diterima.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tafsir Sufi Isyari; Tafsir Ruhul Bayan; al-Burusawi; Tasawwuf; Syiah Batiniyyah |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 13548 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Oct 2019 04:56 |
Last Modified: | 18 Oct 2019 21:29 |
Repository Staff Only: item control page