Kesan Riwayat Asbab al-Nuzul yang da’if dalam Tafsir Nurul Ihsan

Mohd Nazri Ahmad, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, (2016) Kesan Riwayat Asbab al-Nuzul yang da’if dalam Tafsir Nurul Ihsan. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (2). pp. 1-14. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
905kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu lengkap pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiyah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 174 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih dan 106 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang da’if memberi kesan negatif terhadap pembaca dan juga kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Tafsir Bahasa Melayu; Muhammad Sa’id bin Umar; Riwayat Asbab al-Nuzul
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13550
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2019 06:59
Last Modified:18 Oct 2019 21:30

Repository Staff Only: item control page