Sumbangan Darul Quran (Jakim) terhadap pengajian al-Quran dalam kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan

Yusri Chek, and Sabri Mohamad, (2016) Sumbangan Darul Quran (Jakim) terhadap pengajian al-Quran dalam kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (2). pp. 25-33. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Penubuhan Darul Quran pada tahun 1966 adalah bertitik tolak sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan ilmu-ilmu al-Quran khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran. Malah, selain daripada memfokuskan pengajian bagi golongan biasa yang berpenglihatan, ia juga merangkumi kepada golongan OKU Penglihatan(OKUP). Justeru, kajian ini bertujuan melihat sumbangan Darul Quran terhadap pengajian al-Quran di kalangan Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Di samping itu, kajian ini juga melihat secara ringkas perkembangan pengajian al-Quran OKU Penglihatan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah dokumentasi, kepustakaan dan pensejarahan dalam mengumpul data kajian. Manakala, kaedah deskriptif digunakan dalam menganalisa data kajian. Kajian mendapati bahawa sememangnya Darul Quran telah banyak menyumbang terhadap perkembangan pengajian OKUP khususnya dalam Braille al-Quran. Ia meliputi sumbangannya dalam perkongsian kepakaran bersama agensi-agensi luar, penawaran program pengajian, bekerjasama dalam memperkukuhkan pengajian melalui program pengajian dengan institusi pengajian tinggi yang lain, menyemarak dan memperkukuhkan kajian berkaitan Braille al-Quran serta melalui sumbangan graduan alumni Darul Quran. Selain itu, penulis juga berharap agar pengkaji akan datang dapat meluaskan lagi aspek kajian kepada kajian terhadap pengajian al-Quran bagi OKU yang lain selain daripada OKU Penglihatan.

Item Type:Article
Keywords:Darul Quran; OKUP; Penglihatan; Braille dan al-Quran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13552
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2019 07:10
Last Modified:18 Oct 2019 21:32

Repository Staff Only: item control page