Model khatam al-Quran j-QAF: pengaruh terhadap impak pembelajaran murid

Mohd Hanafi Mamat, and Hamdi Ishak, (2016) Model khatam al-Quran j-QAF: pengaruh terhadap impak pembelajaran murid. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (2). pp. 34-42. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Isu pembelajaran dan pencapaian al-Quran sentiasa diberi perhatian dalam sistem pendidikan kebangsaan negara. Pada tahun 2005 program j-QAF telah dilaksanakan untuk memperkasa sistem pendidikan Islam termasuklah dalam kaedah pembelajaran al-Quran. Kandungan kurikulum j-QAF mampu melahirkan murid yang dapat menguasai bacaan al-Quran dengan cemerlang. Walaupun pencapaian murid dalam pembelajaran al-Quran telah menyaksikan perubahan yang amat positif namun masih lagi belum memuaskan sedangkan kesediaan guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran berada di tahap yang tinggi. Kajian literatur ini bertujuan meninjau faktor-faktor pembelajaran lain yang mampu merangsang pencapaian murid. Hasil kajian mendapati, selain daripada faktor pengajaran guru, faktor-faktor pembelajaran lain turut berperanan memberi impak terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran seperti peranan keluarga, pengaruh persekitaran dan pengaruh sikap kendiri. Unsur-unsur tersebut berupaya memberi sumbangan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh; Impak; Pembelajaran al-Quran j-QAF
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13553
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2019 07:18
Last Modified:18 Oct 2019 21:33

Repository Staff Only: item control page