Tinjauan pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak di Malaysia

Muhammad Sayuti Sabdan, and Norlidah Alias, and Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof, and Nazean Jomhari, and Nor ‘Aziah Mohd Daud, and Noor Fadilah Md Aslie, (2016) Tinjauan pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak di Malaysia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (2). pp. 43-51. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
683kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Pendidikan al-Quran merupakan satu keperluan serta tuntutan bagi manusia yang bergelar Muslim sama ada bagi golongan tipikal mahupun golongan istimewa. Golongan istimewa adalah golongan yang memiliki ketidakupayaan yang berbeza-beza dari sudut fizikal, penglihatan, pendengaran, kognitif serta pelbagai. Bagi golongan pekak ia mempunyai ketidakupayaan dari sudut pendengaran serta pertuturan. Ketidakupayaan pendengaran pula terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan teruk. Oleh itu, kajian ini lebih tertumpu pada tinjauan terhadap pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak di Malaysia. Ia merangkumi badan kerajaan serta badan bukan kerajaan seperti institusi, persatuan dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pendidikan al-Quran bagi golongan pekak adalah berbeza-beza sama ada di peringkat sekolah, institusi, persatuan, dan sebagainya. Oleh itu, perlunya kajian yang lebih terperinci terhadap penyusunan semula pendidikan al-Quran bagi golongan istimewa khususnya bagi golongan pekak.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan al-Quran; Golongan istimewa; Golongan pekak
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13554
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Oct 2019 07:25
Last Modified:18 Oct 2019 21:35

Repository Staff Only: item control page