Hayati Hussin, and Abdul Rahim Ahmad, and Zainora Daud, and Muhammad Lukman Ibrahim, (2016) Justifikasi Qiraat di dalam manuskrip Ta‘mim al-Manafi‘ bi Qiraat al-Imam Nafi‘ karangan Al-Tarmasi. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1 (2). pp. 52-60. ISSN 0128-0899
|
PDF
658kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membaca al-Quran dengan satu bentuk atau pelbagai bentuk bacaan yang berbeza. Bacaan tersebut seterusnya disandarkan kepada imam dan perawi yang menaqalkan riwayat bacaan itu. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha untuk menilai justifikasi Qiraat yang terdapat di dalam manuskrip Ta’mim al-Manafi’' bi Qira’at al-Imam Nafi’. Ia adalah sebuah manuskrip hasil karangan al-Tarmasiy, seorang ulama Nusantara terbilang di zamannya, di dalam pelbagai bidang. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada manuskrip Ta’mim kitab-kitab Qiraat serta laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat dua justifikasi yang terdapat di dalam manuskrip ini, iaitu bersifat individu dan kolektif. Selain daripada itu Qiraat-Qiraat di dalam manuskrip Ta’mim ini merupakan Qiraat yang sah lagi mutawatir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | al-Tarmasiy; Manuskrip Ta’mim al-Manafi’; Justifikasi Qiraat |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 13555 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Oct 2019 07:30 |
Last Modified: | 18 Oct 2019 21:36 |
Repository Staff Only: item control page