Pembelajaran ilmu hadith di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia

Maulana Muhammad Ilyas Temrin, and Mohd Akil Muhamed Ali, (2017) Pembelajaran ilmu hadith di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 10-19. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Pembelajaran ilmu hadith adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan setiap umat Islam. Hal ini kerana hadith adalah sumber kedua terpenting dalam kehidupan umat Islam selepas al-Quran. Namun begitu, masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada masa kini hanya menekankan pendidikan al-Quran kepada anak-anak tanpa menjelaskan peranan hadith Rasulullah SAW yang menjadi penjelas kepada makna al-Quran tersebut. Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah di antara langkah bijak kerajaan dalam menyampaikan ilmu khususnya ilmu Islam kepada masyarakat. Salah satu bidang yang akan dipelajari oleh pelajar SMKA ialah pengajian ilmu hadith. Meskipun begitu, terdapat kekangan dan kekurangan yang dihadapi dalam proses menyampaikan ilmu kepada murid khususnya ilmu hadith. Artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan meneliti buku-buku teks dan sukatan pelajaran bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran ilmu hadith di peringkat SMKA. Artikel ini bertujuan meninjau pembelajaran ilmu hadith yang disampaikan di peringkat sekolah dan permasalahan yang timbul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek ini. Artikel ini mendapati bahawa permasalahan yang timbul dalam pengajian ilmu hadith di peringkat sekolah ialah peruntukan masa belajar yang terhad, kelemahan sistem pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks dan kekurangan buku teks yang khusus untuk pengajian hadith di peringkat sekolah. Selain itu, para guru juga tidak mendapat bahan bantu mengajar (BBM) yang mencukupi dari pihak pentadbir sekolah. Faktor-faktor tersebut menjadi permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru dalam menyampaikan pembelajaran ilmu hadith di peringkat sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran; Ilmu hadith; Permasalahan
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13559
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2019 07:38
Last Modified:25 Oct 2019 23:26

Repository Staff Only: item control page