Tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor dalam etika muamalah Islamiyyah

Shabriyah Sehat, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Sabri Mohamad, (2017) Tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor dalam etika muamalah Islamiyyah. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 20-26. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Pekerjaan mengikut etika Islam merupakan amanah yang dituntut. Kebelakangan ini isu pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, ponteng kerja dan sebagainya berleluasa di media massa. Malahan masalah peribadi juga diheret ke tempat kerja. Keadaan ini mempengaruhi mutu dan kualiti pekerjaan seseorang individu tersebut. Ini menyebabkan kerja yang perlu dilaksanakan pada waktunya tidak dapat diselesaikan seperti apa yang diminta. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islamiyyah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan melibatkan 34 orang responden di kalangan pensyarah wanita Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan KUIS. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 66 item soalan yang dibina dan diambil daripada kajian terdahulu. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.912. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 23. Kajian ini menggunakan analisis diskriptif bagi dapatan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita adalah berada pada tahap sederhana tinggi berdasarkan skor interpretasi min. Kesimpulannya keseluruhan kajian ini menunjukkan peranan penting terhadap pihak kakitangan akademik IPT dalam mengukuhkan dan meningkatkan etika muamalah Islam lebih berkualiti menurut syarak.

Item Type:Article
Keywords:Tahap kefahaman dan kepatuhan; Pensyarah wanita; Etika Muamalah Islam
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13560
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2019 07:46
Last Modified:25 Oct 2019 23:27

Repository Staff Only: item control page