Perbandingan proses tazkiyah al-nafs menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim

Zidni Nuran Noordin, and Zaizul Ab. Rahman, (2017) Perbandingan proses tazkiyah al-nafs menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 37-46. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
661kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kajian ini mengkaji tentang perbandingan konsep tazkiyah al-nafs antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Objektif kajian adalah untuk membincangkan konsep tazkiyah al-nafs, mendalami konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dan membandingkan konsep tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Sementara itu, maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim terhadap konsep tazkiyah al-nafs. Hasil kajian menunjukkan pandangan al-Ghazali dilihat lebih terperinci dan jelas dengan membahagikan mujāhadah al-nafs dan riyāḍah al-nafs kepada beberapa peringkat. Al-Ghazali membahagikan mujāhadah al-nafs kepada 12 penyakit kejiwaan dan beliau mengemukakan rawatan bagi penyakit-penyakit tersebut. Seterusnya, al-Ghazali membahagikan proses riyāḍah al-nafs kepada tiga peringkat iaitu memantapkan keimanan, mempertingkatkan ibadah dan mengaplikasikan sifat-sifat maḥmūdah dalam jiwa. Manakala pandangan Ibnu Qayyim mengenai proses mujāhadah al-nafs adalah secara umum sahaja tanpa membahagikan perkara-perkara tersebut kepada beberapa bahagian. Manakala proses riyāḍah al-nafs hanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu akhlak. Matlamat akhir pengamalan tazkiyah al-nafs adalah untuk membimbing umat Islam ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Item Type:Article
Keywords:Konsep tazkiyah al-nafs; al-Ghazali; Ibnu Qayyim
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13562
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2019 07:56
Last Modified:25 Oct 2019 23:33

Repository Staff Only: item control page