Nurain Zainal Abidin, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Mohd Nazri Ahmad, (2017) Tahap pengetahuan pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi terhadap Tadabbur Al-Quran. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 47-53. ISSN 0128-0899
|
PDF
387kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Menguasai Tadabbur al-Quran adalah satu elemen penting dalam menghafaz Al-Quran sebelum digelar Huffaz. Ini adalah satu elemen penting kerana ia boleh membawa kepada berlakunya salahfaham dan kekeliruan dalam menguasai maksud ayat al-Quran. Biasanya, masalah ini terjadi dalam kalangan pelajar semasa menghafaz al-Quran tanpa memahami maksud ayat yang dibaca serta tidak merujuk kepada terjemahan ketika membaca al-Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 23. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran adalah pada tahap yang rendah (min = 2.33). Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran antara pelajar lelaki (min = 2.4135) dan perempuan (min = 2.1554). Manakala nilai-t untuk perbandingan di antara keduanya adalah (t = 1.311) dan pada aras signifikan (p = 0.200). Secara keseluruhan, pelajar tahfiz mempunyai pengetahuan yang sangat terhad dalam Tadabbur al-Quran dan mereka tidak mempunyai kursus khas atau program dalam Tadabbur al-Quran. Justeru, bagi meningkatkan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan Tadabbur al-Quran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tahap pengetahuan; Pelajar; Tadabbur al-Quran |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 13563 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2019 08:00 |
Last Modified: | 25 Oct 2019 23:55 |
Repository Staff Only: item control page