Komunikasi keluarga berdasarkan uslub Nabi SAW

Abu Dzar Ahmad, and Mohd Arif Nazri, (2017) Komunikasi keluarga berdasarkan uslub Nabi SAW. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 54-64. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
729kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kehebatan uslub atau pendekatan baginda nabi SAW berkomunikasi dengan para sahabat amat wajar dicontohi remaja dan ibu bapa masa kini. Pelbagai elemen unggul yang baginda terapkan dalam komunikasi menjadikan setiap tutur kata baginda berkesan dan memiliki mesej-mesej tertentu yang perlu diteladani. Realiti hari ini para remaja khususnya gagal memanfaatkan contoh agung tersebut telah mengundang pelbagai masalah keruntuhan akhlak. Penggunaan kata-kata kesat, tengking-menengking melatari komunikasi remaja dan persekitarannya diparahkan lagi dengan keterlibatan mereka dalam jenayah moral merupakan bukti kukuh kegagalan ini. Statistik kegiatan jenayah yang berlaku melibatkan pelajar sekolah menengah meningkat daripada 360 orang pelajar pada tahun 2012 kepada 540 orang pada tahun berikutnya. Angka ini menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam gejala sosial amat membimbangkan pelbagai pihak. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji dan mengenal pasti nilai-nilai uslub baginda berkomunikasi dengan para sahabat dan menganalisis pendekatan hadith tersebut dapat menangani masalah komunikasi di samping membina kualiti remaja berkomunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan secara tematik, deduktif dan deskriptif. Kajian menemui beberapa tema uslub komunikasi di dalam hadith tersebut berdasarkan pelbagai pendekatan baginda berkomunikasi dengan para sahabat dengan gaya bahasa yang mendidik. Hasil kajian mendapati bahawa intipati uslub baginda dapat menghidupkan suasana keharmonian komunikasi remaja, maka ibu bapa khususnya perlu memulakan peranan tersebut ketika remaja di awal usia. Implikasi kajian ini mendapati bahawa semua pihak bertanggungjawab terutama pihak keluarga malah menyedarkan masyarakat tentang Islam merupakan agama komunikasi. Oleh itu, menampilkan komunikasi remaja mencontohi uslub baginda dapat melahirkan remaja yang berakhlak mulia, berkualiti, beretika dan berintegriti dalam pertuturan sekali gus mengurangkan risiko mereka terus terjebak dengan permasalahan komunikasi.

Item Type:Article
Keywords:Uslub Nabi SAW; Masalah komunikasi; Ibu bapa; Remaja
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13564
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2019 08:05
Last Modified:25 Oct 2019 23:43

Repository Staff Only: item control page